KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP,PIALA YANG DIPERTUA,MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Monday 14 December 2009






 15 OGOS, 2009 (SABTU) – Biro Sukan, Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Perbandaran Manjung telah menganjurkan kejohanan badminton tertutup bermula jam 8.00 pagi – 11.00 malam 
di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung.




Kejohanan tersebut telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu perseorangan, beregu lelaki dan beregu campuran. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan 
ahli-ahli kelab. Sebanyak 16 penyertaan bagi kategori perseorangan, 12 penyertaan bagi beregu lelaki dan 7 penyertaan bagi beregu campuran.



Johan bagi kategori perseorangan disandang oleh Encik Mohd Zaudi bin Abd. Salam sementara Encik Md. Hairudin bin Abu 
 Seman dan Encik Khairul Anoor bin Yusuf telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori beregu lelaki. Encik Mohd Syukri bin Isa dan Cik Nazariah binti Nadzri pula telah menjuarai bagi kategori beregu campuran.






Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Zamri bin Man, Pengerusi KSK, MPM semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Majlis Perbandaran Manjung bil. 8/2009 bertarikh 26 Ogos, 2009. Hadiah tempat pertama bagi semua kategori berupa wang tunai RM100.00, medal dan sijil. Tempat kedua memperolehi wang tunai RM70.00, medal dan sijil. Hadiah tempat ketiga pula berupa beg peralatan sukan badminton, medal dan sijil sementara tempat keempat memperolehi baju sukan dan medal.

0 comments:

Post a Comment

Biro-biro Kelab Sukan & Kebajikan Manjung

Biro Ekonomi Biro Korporat Biro Kebajikan Biro Lawatan Biro Sukan & Rekreasi Biro Kebudayaan, Kesenian & Sosial Biro Penerangan & Pendidikan

About Me

Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Perbandaran Manjung Majlis Perbandaran Manjung Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak.

Followers

visi, misi dan piagam

Visi Ke arah kecemerlangan bersukan, berekreasi dan organisasi berkebajikan di Majlis Perbandaran Manjung. Misi Melaksanakan pengurusan yang cemerlang dalam memupuk semangat muhibbah menerusi aktiviti sukan dan kepelbagaian kebajikan. Piagam Memastikan semua program dilaksanakan mengikut perancangan dan ketetapan, dengan penglibatan ahli-ahli mengikut kesesuaian program supaya memberi kesan yang positif.
Powered by Blogger.