BENGKEL DI SWISS-GARDEN GOLF RESORT & SPA,DAMAI LAUT

Wednesday 22 April 2009

0 comments








11 APRIL, 2009 – Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Bengkel Percambahan Minda di Swiss-Garden Golf Resort & Spa, Damai Laut. Seramai 15 ahli jawatankuasa telah menghadiri bengkel tersebut. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincang serta membentuk kalendar program/ aktiviti Kelab sepanjang tahun 2009. Ianya juga turut memfokuskan terhadap strategi pengurusan dalam perlaksanaan program/ aktiviti KSK bagi tahun 2009, di samping mengkaji isu dan masalah yang dihadapi serta menyediakan bajet secara terancang dan berhemah bagi tahun 2009. Majlis perasmian dan penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh Encik Azizan bin Haji Abd. Muin, Timbalan Pengerusi KSK MPM.

TERBITAN KHAS BULIETIN KSK MPM 2008

0 comments





Kelab Sukan & Kebajikan MPM telah menerbitkan buletin edisi khas bagi tahun 2008. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Sukan Kebajikan telah dimuatkan didalam buletin edisi khas. Sebarang komen dan penambaikan boleh diajukan kepada Biro Penerangan & Pendidikan, KSK.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI KUALA SEPETANG,ZOO DAN KOLAM AIR PANAS TRONG TAIPING

0 comments

28 Februari, 2009 – Biro Lawatan, Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Manjung (KSK MPM) telah mengadakan lawatan ke Kuala Sepetang, Zoo dan Kolam Air Panas Trong, Taiping. Lawatan ini disertai seramai 45 ahli kelab serta keluarga yang diketuai oleh Puan Siti Zubaidah binti Saparun, Naib Pengerusi KSK MPM serta Tuan Haji Roslan bin Pawanteh selaku Pengerusi Biro Lawatan KSK MPM. Di Kuala Sepetang ahli-ahli kelab telah diberi taklimat oleh Encik Suhaimi bin Md. Noor, Penolong Pegawai Hutan Larut Matang dan Selama di mana kemudiannya telah di bawa melawat ke Bolkway (paya bakau) dan dapur arang.



Ahli-ahli Kelab dan keluarga juga turut dibawa melawat Zoo Taiping dan seterusnya singgah di kolam Air Panas, Trong. Program lawatan sambil belajar ini telah memberi manfaat kepada ahli-ahli serta anak-anak ahli.

GAMBAR-GAMBAR SEMASA LAWATAN

0 comments


CERAMAH MAULIDUR RASUL

0 comments


3 APRIL, 2009 – Sempena keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w Biro Penerangan & Pendidikan telah menganjurkan ceramah Maulidur Rasul pada jam 8.00 – 9.00 pagi bertempat di Bilik Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung. Ceramah ini bertujuan untuk mengenali sirah Rasullulah saw dan ajaran yang dibawa sehingga umat akhir zaman. Ceramah ini telah dihadiri seramai kira-kira 89 orang ahli KSK MPM lelaki dan wanita. Penceramah adalah Al-fadil Ustaz Baharuddin bin Mat Ariff iaitu penceramah dai Jabatan Penerangan, Daerah Manjung.

LAWATAN DAN GOTONG-ROYONG RUMAH ANAK-ANAK YATIM LEKIR

0 comments








10 APRIL, 2009 – Biro Lawatan dan Biro kebajikan, Kelab Sukan dan kebajikan (KSK) Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menganjurkan program kali kedua gotong royong di Kompleks Pendidikan Manabil Ulum (KPMU), Batu 10, Lekir. Kompleks tersebut merupakan penempatan anak yatim piatu yang berasal dari keluarga fakir miskin yang kebanyakannya berasal daripada Seri Manjung, Parit, Kampung Gajah dan Beruas. Gotong royong yang turut disertai oleh seramai 50 ahli kelab telah diketuai oleh Tuan Zamri bin Man selaku Pengerusi dan Encik Azizan bin Haji Abd. Muin, Timbalan Pengerusi, KSK. Aktiviti ini dijalankan sebagai salah satu cara mendekatkan diri dengan masyarakat dan pada masa yang sama dapat melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat. Dalam program yang bermula pada jam 3 petang, warga KPMU bersama-sama KSK MPM telah membersihkan sekitar kawasan kompleks tersebut termasuk sistem perparitan.



Sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM30.00, cenderahati berbentuk tuala serta ’goodies’ telah disampaikan oleh Tuan Zamri bin Man, Pengerusi, KSK dan Encik Azizan bin Haji Abd. Muin, Timbalan Pengerusi, KSK kepada seramai 25 orang anak-anak yatim di rumah anak yatim tersebut.

Biro-biro Kelab Sukan & Kebajikan Manjung

Biro Ekonomi Biro Korporat Biro Kebajikan Biro Lawatan Biro Sukan & Rekreasi Biro Kebudayaan, Kesenian & Sosial Biro Penerangan & Pendidikan

About Me

Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Perbandaran Manjung Majlis Perbandaran Manjung Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak.

Followers

visi, misi dan piagam

Visi Ke arah kecemerlangan bersukan, berekreasi dan organisasi berkebajikan di Majlis Perbandaran Manjung. Misi Melaksanakan pengurusan yang cemerlang dalam memupuk semangat muhibbah menerusi aktiviti sukan dan kepelbagaian kebajikan. Piagam Memastikan semua program dilaksanakan mengikut perancangan dan ketetapan, dengan penglibatan ahli-ahli mengikut kesesuaian program supaya memberi kesan yang positif.
Powered by Blogger.