LAWATAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE LANGKAWI

Wednesday 3 March 2010

0 comments
29 JANUARI, 2010 (JUMAAT) – Biro Lawatan, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan lawatan ke Langkawi, Kedah.
Lawatan ini disertai seramai 40 ahli kelab yang diketuai oleh Puan Siti Zubaidah binti Saparun, Naib Pengerusi KSK MPM.
Lawatan selama 2 hari ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di kalangan ahli kelab dan keluarga di samping mengenali tempat - tempat pelancongan menarik dan bersejarah di sekitar Langkawi seperti Dataran Lang, Makam Mahsuri, Telaga Tujuh dan sebagainya. Ahli-ahli Kelab juga berpeluang untuk membeli belah di kawasan bebas cukai ini.
Sewaktu perjalanan pulang semua ahli Kelab berpeluang meninjau pekan Alor Setar terutama Pekan Rabu yang terkenal dengan makanan tradisional.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

0 comments
6 FEBRUARI 2010 (SABTU) – Biro Penerangan dan Pendidikan, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bermula jam 8.30 pagi – 1.00 tengahari bertempat di Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung.
Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan secara menyeluruh tentang pengurusan jenazah secara teori dan praktikal bermula dari memandikan, mengkafan, menyembahyang serta mengebumikan jenazah. Selain dari itu ianya bertujuan untuk membina kesedaran terhadap kewajipan fardhu kifayah.
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai kira-kira 60 orang ahli KSK, MPM lelaki dan wanita. Penceramah kursus adalah Al-fadil Ustaz Noor Azam Ariff bin Haji Shaarani, Imam Masjid Negeri, Perak Darul Ridzuan.
Majlis Perasmian kursus telah disempurnakan oleh En. Mohd Helmi b. Ariffin, Ketua Biro Kebajikan mewakili Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Perbandaran Manjung manakala Majlis Penutupan kursus telah disempurnakan oleh En. Meor Syahrizan bin Sha @ Meor Sha, Pegawai Perancang Bandar, MPM jam 01.00 tengahari.

LIGA BOLA SEPAK ANTARA JABATAN/ UNIT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

0 comments



18 NOVEMBER 2009 (RABU) – 6 pasukan yang terdiri daripada Ibu pejabat, Undang-Undang (Unit Penguatkuasa dan Unit Letak Kereta), Unit Lanskap dan Unit Kebersihan Zon 1 - 3, telah menjayakan liga bola sepak anjuran Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Liga yang bermula pada 18 November 2009 telah menobatkan pasukan Undang-Undang sebagai juara mengatasi Ibu Pejabat dalam perlawanan akhir pada 16 Disember 2009 bertempat di Stadium Mini, MPM. Encik Khairul Anoor bin Yusuff dari Undang-Undang telah terpilih sebagai pemain terbaik dan penjaring gol terbanyak sepanjang kejohanan tersebut.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Azizan bin Haji Abdul Muin, Timbalan Pengerusi KSK MPM. Hadiah tempat pertama adalah wang tunai RM300, medal dan piala pusingan, hadiah tempat kedua adalah wang tunai RM200 dan medal, hadiah tempat ketiga adalah RM100.

Biro-biro Kelab Sukan & Kebajikan Manjung

Biro Ekonomi Biro Korporat Biro Kebajikan Biro Lawatan Biro Sukan & Rekreasi Biro Kebudayaan, Kesenian & Sosial Biro Penerangan & Pendidikan

About Me

Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Perbandaran Manjung Majlis Perbandaran Manjung Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak.

Followers

visi, misi dan piagam

Visi Ke arah kecemerlangan bersukan, berekreasi dan organisasi berkebajikan di Majlis Perbandaran Manjung. Misi Melaksanakan pengurusan yang cemerlang dalam memupuk semangat muhibbah menerusi aktiviti sukan dan kepelbagaian kebajikan. Piagam Memastikan semua program dilaksanakan mengikut perancangan dan ketetapan, dengan penglibatan ahli-ahli mengikut kesesuaian program supaya memberi kesan yang positif.
Powered by Blogger.