Penubuhan Biro Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Perbandaran Manjung

Friday 24 December 2010

0 comments
i) Biro KorporatKetua Biro : Pn. Hajar Bt. Shaari

ii) Biro Ekonomi
Penasihat : En. Rosli B. Hashim
Ketua Biro : En. Razali B. Mat Nayan
Pen. Ketua Biro : En. Issamuddin B. Ibrahim

iii) Biro Kebajikan
Penasihat : Pn. Siti Zubaidah Bt. Saparun
Ketua Biro : En. Mohd. Helmi B. Ariffin
Pen. Ketua Biro : En. Salleh B. Din


iv) Biro Sukan dan Rekreasi
Penasihat : En. Rosli B. Hashim
Ketua Biro : En. Abdul Razak B. Othman
Pen. Ketua Biro : En. Syed Zaidi B. Syed Ibrahim

v) Biro Penerangan dan Pendidikan
Penasihat : En. Rosli B. Hashim
Ketua Biro : En. Suhaimi B. Darus
Pen. Ketua Biro : Cik Hadzirah Bt. Mohd Nordin

vi) Biro Lawatan
Penasihat : Pn. Siti Zubaidah Bt. Saparun
Ketua Biro : Tn. Hj. Roslan B. Hj. Pawanteh
Pen. Ketua Biro : Pn. Sabariah Bt. Sulaiman



vii) Biro Kebudayaan, Kesenian dan SosialPenasihat : Pn. Siti Zubaidah Bt. Saparun
Ketua Biro : En. Abd. Rahman B. Khairi
Pen. Ketua Biro : En. Azrizan B. Abu Othman

LAWATAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE LANGKAWI

Wednesday 3 March 2010

0 comments
29 JANUARI, 2010 (JUMAAT) – Biro Lawatan, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan lawatan ke Langkawi, Kedah.
Lawatan ini disertai seramai 40 ahli kelab yang diketuai oleh Puan Siti Zubaidah binti Saparun, Naib Pengerusi KSK MPM.
Lawatan selama 2 hari ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di kalangan ahli kelab dan keluarga di samping mengenali tempat - tempat pelancongan menarik dan bersejarah di sekitar Langkawi seperti Dataran Lang, Makam Mahsuri, Telaga Tujuh dan sebagainya. Ahli-ahli Kelab juga berpeluang untuk membeli belah di kawasan bebas cukai ini.
Sewaktu perjalanan pulang semua ahli Kelab berpeluang meninjau pekan Alor Setar terutama Pekan Rabu yang terkenal dengan makanan tradisional.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

0 comments
6 FEBRUARI 2010 (SABTU) – Biro Penerangan dan Pendidikan, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bermula jam 8.30 pagi – 1.00 tengahari bertempat di Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung.
Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan secara menyeluruh tentang pengurusan jenazah secara teori dan praktikal bermula dari memandikan, mengkafan, menyembahyang serta mengebumikan jenazah. Selain dari itu ianya bertujuan untuk membina kesedaran terhadap kewajipan fardhu kifayah.
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai kira-kira 60 orang ahli KSK, MPM lelaki dan wanita. Penceramah kursus adalah Al-fadil Ustaz Noor Azam Ariff bin Haji Shaarani, Imam Masjid Negeri, Perak Darul Ridzuan.
Majlis Perasmian kursus telah disempurnakan oleh En. Mohd Helmi b. Ariffin, Ketua Biro Kebajikan mewakili Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Perbandaran Manjung manakala Majlis Penutupan kursus telah disempurnakan oleh En. Meor Syahrizan bin Sha @ Meor Sha, Pegawai Perancang Bandar, MPM jam 01.00 tengahari.

LIGA BOLA SEPAK ANTARA JABATAN/ UNIT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

0 comments



18 NOVEMBER 2009 (RABU) – 6 pasukan yang terdiri daripada Ibu pejabat, Undang-Undang (Unit Penguatkuasa dan Unit Letak Kereta), Unit Lanskap dan Unit Kebersihan Zon 1 - 3, telah menjayakan liga bola sepak anjuran Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Liga yang bermula pada 18 November 2009 telah menobatkan pasukan Undang-Undang sebagai juara mengatasi Ibu Pejabat dalam perlawanan akhir pada 16 Disember 2009 bertempat di Stadium Mini, MPM. Encik Khairul Anoor bin Yusuff dari Undang-Undang telah terpilih sebagai pemain terbaik dan penjaring gol terbanyak sepanjang kejohanan tersebut.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Azizan bin Haji Abdul Muin, Timbalan Pengerusi KSK MPM. Hadiah tempat pertama adalah wang tunai RM300, medal dan piala pusingan, hadiah tempat kedua adalah wang tunai RM200 dan medal, hadiah tempat ketiga adalah RM100.

PROGRAM TREASURE HANT MANJUNG-PERAK TENGAH-TELUK INTAN

Monday 14 December 2009

0 comments



25 JULAI 2009 (SABTU) – Program Treasure Hunt telah dianjurkan oleh Biro Lawatan, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 8.00 pagi yang melibatkan beberapa lokasi di Daerah Manjung, Perak Tengah dan Teluk Intan.

Program ini diadakan bertujuan
memberi pendedahan kepada ahli-
ahli kelab berkaitan sejarah dan warisan negeri Perak amnya dan Daerah Manjung khususnya.
 Seramai 144 peserta yang terdiri dari ahli-ahli kelab dan keluarga dengan 32 buah kenderaan telah mengambil bahagian dalam program ini. Hadiah-hadiah menarik disediakan seperti penginapan 3 hari 2 malam di Teluk Rubiah Resort, barangan elektrik dan hamper.
Antara tempat-tempat menarik yang telah dijadikan sebagai ’check point’ adalah Lumut Waterfront, Pusat Penternakan Tuntung, Bota Kanan, Kompleks Sejarah Pasir Salak dan yang terakhir ialah Bandar Teluk Intan.




Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Zamri bin Man, Pengerusi KSK, MPM di Arena Square, Majlis Perbandaran Teluk Intan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Perbandaran Teluk Intan.

PROGRAM MUHASABAH DIRI

0 comments

Program anjuran Biro Penerangan dan Pendidikan, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) ini diadakan pada setiap awal bulan, hari Jumaat jam 8.00 – 9.00 pagi, bertempat di Bilik Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung. Fokus utama program ini adalah untuk memberi pendidikan serta pengetahuan khususnya kepada ahli-ahli kelab terhadap ajaran Agama Islam khususnya amalan seharian. Kehadiran peserta amat menggalakkan. Penceramah undangan adalah Ustaz Alias b. Abu Kassim yang merupakan penceramah bebas.

Biro-biro Kelab Sukan & Kebajikan Manjung

Biro Ekonomi Biro Korporat Biro Kebajikan Biro Lawatan Biro Sukan & Rekreasi Biro Kebudayaan, Kesenian & Sosial Biro Penerangan & Pendidikan

About Me

Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Perbandaran Manjung Majlis Perbandaran Manjung Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak.

Followers

visi, misi dan piagam

Visi Ke arah kecemerlangan bersukan, berekreasi dan organisasi berkebajikan di Majlis Perbandaran Manjung. Misi Melaksanakan pengurusan yang cemerlang dalam memupuk semangat muhibbah menerusi aktiviti sukan dan kepelbagaian kebajikan. Piagam Memastikan semua program dilaksanakan mengikut perancangan dan ketetapan, dengan penglibatan ahli-ahli mengikut kesesuaian program supaya memberi kesan yang positif.
Powered by Blogger.