PROGRAM TREASURE HANT MANJUNG-PERAK TENGAH-TELUK INTAN

Monday 14 December 2009

0 comments



25 JULAI 2009 (SABTU) – Program Treasure Hunt telah dianjurkan oleh Biro Lawatan, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 8.00 pagi yang melibatkan beberapa lokasi di Daerah Manjung, Perak Tengah dan Teluk Intan.

Program ini diadakan bertujuan
memberi pendedahan kepada ahli-
ahli kelab berkaitan sejarah dan warisan negeri Perak amnya dan Daerah Manjung khususnya.
 Seramai 144 peserta yang terdiri dari ahli-ahli kelab dan keluarga dengan 32 buah kenderaan telah mengambil bahagian dalam program ini. Hadiah-hadiah menarik disediakan seperti penginapan 3 hari 2 malam di Teluk Rubiah Resort, barangan elektrik dan hamper.
Antara tempat-tempat menarik yang telah dijadikan sebagai ’check point’ adalah Lumut Waterfront, Pusat Penternakan Tuntung, Bota Kanan, Kompleks Sejarah Pasir Salak dan yang terakhir ialah Bandar Teluk Intan.




Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Zamri bin Man, Pengerusi KSK, MPM di Arena Square, Majlis Perbandaran Teluk Intan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Perbandaran Teluk Intan.

PROGRAM MUHASABAH DIRI

0 comments

Program anjuran Biro Penerangan dan Pendidikan, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) ini diadakan pada setiap awal bulan, hari Jumaat jam 8.00 – 9.00 pagi, bertempat di Bilik Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung. Fokus utama program ini adalah untuk memberi pendidikan serta pengetahuan khususnya kepada ahli-ahli kelab terhadap ajaran Agama Islam khususnya amalan seharian. Kehadiran peserta amat menggalakkan. Penceramah undangan adalah Ustaz Alias b. Abu Kassim yang merupakan penceramah bebas.

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP,PIALA YANG DIPERTUA,MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

0 comments





 15 OGOS, 2009 (SABTU) – Biro Sukan, Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Perbandaran Manjung telah menganjurkan kejohanan badminton tertutup bermula jam 8.00 pagi – 11.00 malam 
di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung.




Kejohanan tersebut telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu perseorangan, beregu lelaki dan beregu campuran. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan 
ahli-ahli kelab. Sebanyak 16 penyertaan bagi kategori perseorangan, 12 penyertaan bagi beregu lelaki dan 7 penyertaan bagi beregu campuran.



Johan bagi kategori perseorangan disandang oleh Encik Mohd Zaudi bin Abd. Salam sementara Encik Md. Hairudin bin Abu 
 Seman dan Encik Khairul Anoor bin Yusuf telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori beregu lelaki. Encik Mohd Syukri bin Isa dan Cik Nazariah binti Nadzri pula telah menjuarai bagi kategori beregu campuran.






Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Zamri bin Man, Pengerusi KSK, MPM semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Majlis Perbandaran Manjung bil. 8/2009 bertarikh 26 Ogos, 2009. Hadiah tempat pertama bagi semua kategori berupa wang tunai RM100.00, medal dan sijil. Tempat kedua memperolehi wang tunai RM70.00, medal dan sijil. Hadiah tempat ketiga pula berupa beg peralatan sukan badminton, medal dan sijil sementara tempat keempat memperolehi baju sukan dan medal.

HARI KESINAMBUNGAN BUDAYA,SENI DAN WARISAN

0 comments

21 JUN, 2009 (AHAD) –Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sosial, Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menganjurkan Hari Kesinambungan Budaya, Seni dan Warisan pada jam 9.00 pagi di Dewan Merdeka, MPM. P

Program ini bertujuan untuk meningkatkan semangat menghargai budaya warisan bangsa di samping mengembangkan bakat dan kebolehan serta mengukuhkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli kelab.

Program yang berlangsung sepanjang hari dimuatkan dengan pertandingan permainan dam aji, pertandingan mewarna, melukis dan pertandingan permainan congkak. Acara kemuncak pada malam hari dimeriahkan dengan pertandingan nyanyian bakat karaoke serta pertandingan pakaian beragam. Acara lain pada malam tersebut adalah persembahan khas Dikir Barat dari Ahli Jawatankuasa Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sosial, KSK MPM.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Zamri bin Man, Pengerusi KSK, MPM dengan turut dihadiri oleh Encik Azizan bin Abdul Muin, Timbalan Pengerusi KSK, MPM.

Biro-biro Kelab Sukan & Kebajikan Manjung

Biro Ekonomi Biro Korporat Biro Kebajikan Biro Lawatan Biro Sukan & Rekreasi Biro Kebudayaan, Kesenian & Sosial Biro Penerangan & Pendidikan

About Me

Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Perbandaran Manjung Majlis Perbandaran Manjung Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak.

Followers

visi, misi dan piagam

Visi Ke arah kecemerlangan bersukan, berekreasi dan organisasi berkebajikan di Majlis Perbandaran Manjung. Misi Melaksanakan pengurusan yang cemerlang dalam memupuk semangat muhibbah menerusi aktiviti sukan dan kepelbagaian kebajikan. Piagam Memastikan semua program dilaksanakan mengikut perancangan dan ketetapan, dengan penglibatan ahli-ahli mengikut kesesuaian program supaya memberi kesan yang positif.
Powered by Blogger.